Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah. Tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling membantu di satu hari yang amat dasyat dihadapan Yang Maha Esa.
Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul……..sungguh! sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa tertutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila…… takut nanti dibakar dek api neraka, di satu hari amat dasyat dihadapan Yang Maha Pencipta.
Saya suka sangat tengok body teman wanita saya…...solid betul. Sungguh! Sebab tu saya belikannya telekung supaya masa “dating” dengan kekasih dia yang utama, dia jaaaaaauh lebih cantik dan berseri mengadapNya… saya pun tumpang dapat pahala……. Syoknya!
Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam tu juga. Si dia Tanya, “Apa ubatnya bang?” saya pun bagi dia Al-quran sebagai penenang jiwa…… semoga dia cintakanNya lebih daripada saya.
Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam ; “ Makan minum, jaga diri, tunggang motor elok-elok…… nanti awak sakit, saya juga yang susah hati…….bla bla bla bla…....” Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas asar dan maghrib begitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuuuuhh………berdosanya saya!
Saya memang sangat sayang pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta abadi didunia dan berkasih sayang di akhirat, berdating di syurga kerana disitulah tempat yang kekal selama-lamanya.
Doakan kami saling mengingati, menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami…….. Semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga “MUNGKIN NANTI” Amin…………………………………………………..